Thursday 6 January 2011

Teknologi Biasa Kenderaan Terkini.

Di bawah adalah di antara teknologi yang sering digunapakai dalam menjaga keselamatan pemandu dan penumpang melalui sistem kestabilan kenderaan masa kini. Adakah kenderaan anda dilengkapi sistem ini?

1. ABS

Antilock Brake System - Sistem Brek Anti-Kunci

Pabila sedang berfungsi, ABS ini akan mengelakkan tayar dari terkunci, atau dalam bahasa mudahnya berhenti. Kenapa ini penting? ok. Pabila tayar berhenti, kenderaan akan meluncur, atau skid, dan menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan. Sebab apa? Sebab di ketika ini, tayar tidak lagi mengawal hala tuju kenderaan anda. Kenderaan dipacu sepenuhnya oleh momentum kenderaan iaitu kehadapan. Mari kita lihat grafik.

2. EBD

Electronic Brake Distribution or (Electronic Brake-force Distributor) - Pengedar Brek Elektronik

Sistem ini akan mengubah daya yang dikenakan pada brek hadapan atau belakang. Kebiasaannya, brek depan akan mencengkam lebih kuat daripada brek belakang. Ini bagi mengelakkan kenderaan dari terpusing semasa brek ditekan. Contohnya dapat dilihat jika brek tangan ditarik; kenderaan akan berpusing kerana brek belakang mencengkam kuat berbanding brek hadapan. Sistem EBD ini akan berfungsi secara dinamik dengan bergantung pada berat di dalam kenderaan. Jika berat kenderaan lebih, tekanan pada brek belakang juga akan lebih, bagi mengurangkan jarak berhenti selepas brek ditekan. Lihat grafik




3. EPS

Electronic Power Steering

Berfungsi dengan membantu pemandu memusingkan stereng"berkadaran dengan kelajuan kereta. Bermaksud, ketika ingin meletakkan kenderaan, stereng akan menjadi ringan, namun akan terasa berat ketika memandu laju bertujuan mengelakkan hilang kawalan terhadap kenderaan ketika memandu laju.


4. ESP

Electronic Stability Program - Program Kestabilan (Elektronik)

Sistem ini mempunyai keupayaan untuk mengesan keadaan kenderaan ketika ianya hampir hilang kawalan dan akan mengenakan brek secara automatik dan individu pada tayar bagi mengelakkan kenderaan terpusing. Dengan sistem ni, bukanlah bermaksud kenderaan tak akan berpusing-pusing, tapi dapat mengurangkan keadaan tersebut. Boleh jugak dipanggil "Traction Control" dimana kenderaan akan brek secara automatik jika tayar berpusing terlalu laju berbanding pegangan antara tayar dan jalan. Namun, tak semua kenderaan yang ada "Traction Control" ada ESP. Lihat grafik.


5.  TPMS

Tire Pressure Monitoring System - Sistem Pemerhatian Tekanan Tayar

Satu sistem elektronik yang berfungsi memerhatikan tekanan angin di dalam tayar. Sistem ini mempunyai banyak nama seperti tire-pressure indication system (TPIS) atau sistem penunjuk tekanan tayar. Sistem ini akan berfungsi pada setiap masa dan akan memberi maklumat kepada pemandu, sama ada melalui bacaan alat, gambaran, atau cuma menggunakan kaedah lampu amaran jika berlaku tekanan rendah.

 
Kaedah lampu amaran - Sumber
Kaedaan bacaan - Sumber



6. CVT

Continously Variable Transmission - Transmisi Berterusan

Teknologi ini telah digunakan dalam jentera baru Proton, Proton Inspira yang baru dilancarkan baru-baru ini. CVT ini sebenarnya diwujudkan bagi memperbaiki masalah "jerk" pada kereta Automatik yang selalunya berlaku ketika kenderaan memejut. Dengan menggunakan teknologi CVT ini, transmisi akan menjadi lebih licin dan lebih penjimatan petrol kerana engin dapat bergerak pada kadar yang lebih baik berbanding menggunakan transmisi automatik yang lama. Penggunaannya dapat dilihat pada motor automatik yang sedia ada kini.

Idea Asas CVT - Sumber
Cerita yang lebih jelas tentang CVT akan dijelaskan dalam entri yang berikutnya! Harap sabar menanti. =)

2 comments:

Anonymous said...

Owh, baru tahu...Bagus gak entry nie...(^^,)

Fadhil Khalid said...

terima kasih..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...