Tuesday 18 January 2011

Kenapa perlu servis kenderaan?

Ini antara penjagaan kereta yang amat penting, sama penting dengan mengisi petrol sebelum memulakan perjalanan. hehe.

Fungsi minyak hitam adalah sebagai:
  • pelincir bagi bahagian yang bergerak dalam enjin.
  • penyerap haba enjin.

Minyak hitam ini lama kelamaan akan kehilangan daya pelinciran. Ini kerana haba yang dihasilkan oleh enjin boleh menghilangkan kelikatan minyak pelincir. Kelikatan minyak ini penting bagi membolehkannya melekat pada komponen-komponen enjin bagi melicinkan dan melindungi komponen-komponen tersebut.


Ketika enjin beroperasi, komponen enjin tetap akan haus walau sebaik manapun penjagaan kereta tersebut. Bila ini terjadi, logam-logam ini akan bercampur dengan minyak hitam dan akan mengakibatkan kehausan yang lebih teruk pada enjin lama kelamaan.

Minyak enjin juga berfungsi untuk menyerap haba enjin. Selepas beberapa tahap, minyak enjin akan semakin hilang kemampuannya untuk menyerap haba. Jadi, kenderaan akan menjadi lebih cepat panas.


Apa yang akan berlaku jika tidak servis kenderaan?

  1. Kenderaan akan hilang kuasa memecut.
  2. Kelajuan maksimum kenderaan menurun.
  3. Penggunaan bahan api meningkat.
  4. Jangka hayat enjin berkurang.

Monday 10 January 2011

Tentang tayar yang anda wajib tahu!!

Tayar sangat penting dalam kehidupan di darat. Namun, masih ada yang tidak tahu tentang tayar, penjagaan tayar, dan yang lebih penting lagi adalah cara menukar tayar!

Dulu ada orang kata yang tayar mampu bertahan sehingga 5 Tahun. Tapi, demi keselamatan, sesungguhnya tukarlah tayar anda setelah ianya mencecah 3 tahun. Bukannya apa, selalunya tayar yang sangat lama ini sebenarnya bukan digunakan pun, tetapi kebanyakannya disimpan didalam kenderaan sebagai tayar ganti atau lebih selalu dipanggil tayar spare. Tayar spare ini selalunya akan menjadi keras setelah tidak digunakan selama 2 tahun ke atas, jadi pandai-pandailah tukar antara tayar-tayar lain supaya tayar tidak keras dan umurnya mencecah sehingga 5 tahun.


Bagaimana mahu tahu tentang umur tayar?

Tak susah. Tengok pada bahagian sisi tayar, cari tulisan yang mempunyai empat nombor, dua nombor pertama menerangkan tentang minggu tayar dibuat dalam setahun, dua nombor kedua adalah tahun, sebagai contoh, lihat gambar.



Sumber gambar
  Nombor pada tayar menunjukkan 0208, yang bermaksud, tayar ini dibuat pada minggu ke-2 tahun 2008.


Bagaimana mahu menjaga tayar?

  1. Sentiasa pastikan tekanan tayar sentiasa berada dalam keadaan optimum. Informasi berkenaan tekanan optimum tayar selalunya ada dilekatkan pada pintu kenderaan di bahagian dalam. Pentingnya tekanan tayar ini kerana:
    • Dapat menjimatkan petrol.
    • Dapat mengelakkan tayar haus dengan cepat.
    • Mengekalkan kestabilan kenderaan dan dapat menjamin keselamatan.
    • 
      Sumber gambar
      
  2. Periksa tayar anda dan pastikan tayar anda bebas dari objek-objek tajam. Objek-objek ini akan mengakibatkan tayar anda hilang tekanan secara tidak anda sedari.
  3. Tukar kedudukan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan bagi membolehkan tayar habis dengan sekata.
  4. Buat allignment pada kereta dan imbangan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan. Kenderaan yang tidak di-allignment akan memberi ketidakseimbangan beban pada tayar dan mengakibatkan tayar cepat haus hanya pada sebelah permukaan. Sama juga dengan imbangan tayar. Lihat grafik.

    Bagaimana cara untuk menukar tayar?
    Pastikan anda ada:
      1. Tayar ganti yang masih elok.
      2. Jack kereta.
      3. Pembuka tayar.
Kesemua alatan di atas adalah sangat penting. Jika hilang salah satu, maka lebih baik telefon trak tunda atau kawan-kawan berdekatan.

 1. Keluarkan tayar ganti dari belakang kenderaan. Selalunya tayar akan diletakkan di dalam bonet belakang, di bawah carpet sedia ada. Jack akan berada bersama atau di bawah tayar.


2. Letakkan jack di bawah tulang kereta anda. Pastikan lekuknya diisi dengan tulang kereta.

 

3. Longgarkan nat pada tayar kereta anda.

4. Pusingkan jack pada arah clockwise bagi menaikkan kereta anda.

5. Buka kesemua nat dan cabut tayar anda.



6. Masukkan tayar ganti dan ikat mengikut turutan. 1,4,3,2 atau dengan bahasa mudah dalam bentuk X. Ini bagi mengelakkan tayar dipasang secara senget dan mengakibatkan kerosakan kekal pada tayar dan rim.



Sekarang andalah pakar tayar!!
*kecuali tentang saiz,lebar,tinggi had beban dan had laju tayar.

Sunday 9 January 2011

Sebab tidak digalakkan membeli kenderaan terpakai.

Kenderaan terpakai sememangnya boleh didapati dengan harga yang murah hinggakan boleh mencecah serendah RM3000. Memang tak dapat disangkal lagi bahawa kos membeli kenderaan baru adalah sangat tinggi. Namun, adakah anda pasti dengan belian kenderaan terpakai ini boleh membantu hidup anda? Dibawah adalah antara sebab anda perlu mengelakkan dari membeli kenderaan terpakai.

  • Kenderaan terpakai memerlukan penjagaan lebih dari kenderaan baru. Engin sudah mula semput, bumbung ada yang berlubang, pabila hujan akan bocor, dan banyak pembaikan yang perlu dilaksanakan.
Antara yang terjadi pada bumbung kenderaan terpakai

  • Memandu kenderaan terpakai seperti memandu bom jangka. Kenderaan anda boleh rosak tiba-tiba. Ini kerana setiap alat ganti mempunyai jangka hayat yang pendek (5 tahun) sebelum ianya mula rosak. Dalam kenderaan selalunya ada lebih dari 50,000 alat ganti. Bayangkan jika ianya mula rosak satu persatu selepas penggunaan anda.
  • Kenderaan terpakai kurang menarik berbanding kenderaan baru. Cat sudah pudar, malah ada yang berlubang.
Sumber

  • Kos membaiki kenderaan terpakai selalunya melebihi bayaran bulanan kenderaan baru. Selalunya bahagian mekanikal kenderaan terpakai mudah rosak. Driveshaft, suspension, kotak transmisi, malah enjin kenderaan turut menjadi punca poket pokai pada setiap bulan.
 
  • Alat ganti kenderaan terpakai kadang-kala sukar dicari kerana sudah tidak dikeluarkan pengeluar. Anda sendiri sudah tahu mengapa.

Saturday 8 January 2011

Kenapa kereta sekarang mudah kemek?

Sumber

Banyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan? Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. Kita ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi tidak nyawa.


Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.


Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah dengan menghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan "mengemekkan" dirinya. Jangan cuba menghentakkan tangan pada kayu.

Thursday 6 January 2011

CVT

CVT atau nama panjangnya Continously Variable Transmission (Transmisi Variasi Berterusan) berfungsi menggunakan sistem kon. Tapi sebelum tu, fahami perkara ini dahulu. Bayangkan gear basikal.


Gear Basikal - Sumber

Bila gear depan (kanan) lebih kecil dari gear belakang (kiri), basikal akan lebih mudah dikayuh kan?
Kemudian semakin lama gear depan akan diubah kepada semakin besar, manakala gear belakang diubah menjadi semakin kecil bagi disesuaikan dengan kelajuan basikal yang semakin meningkat.

Sistem Gear - Sumber
Namun, bila gear ditukar, akan ada bunyi gelincir, sama seperti "jerk" yang berlaku dalam kenderaan automatik. Jadi, untuk mengelakkan "jerk", sistem yang lebih lancar dicipta. Dengan analogi yang sama, gear ini digantikan dengan sistem kon.

CVT - Sumber
Perhatikan gambar di atas. Gear digantikan dengan dua sistem mudah, lihat bagaimana ia berubah dari kecil ke besar dan sebaliknya. Jadi begitulah sistem CVT. Harap penerangan ini mencukupi. =)

Teknologi Biasa Kenderaan Terkini.

Di bawah adalah di antara teknologi yang sering digunapakai dalam menjaga keselamatan pemandu dan penumpang melalui sistem kestabilan kenderaan masa kini. Adakah kenderaan anda dilengkapi sistem ini?

1. ABS

Antilock Brake System - Sistem Brek Anti-Kunci

Pabila sedang berfungsi, ABS ini akan mengelakkan tayar dari terkunci, atau dalam bahasa mudahnya berhenti. Kenapa ini penting? ok. Pabila tayar berhenti, kenderaan akan meluncur, atau skid, dan menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan. Sebab apa? Sebab di ketika ini, tayar tidak lagi mengawal hala tuju kenderaan anda. Kenderaan dipacu sepenuhnya oleh momentum kenderaan iaitu kehadapan. Mari kita lihat grafik.

2. EBD

Electronic Brake Distribution or (Electronic Brake-force Distributor) - Pengedar Brek Elektronik

Sistem ini akan mengubah daya yang dikenakan pada brek hadapan atau belakang. Kebiasaannya, brek depan akan mencengkam lebih kuat daripada brek belakang. Ini bagi mengelakkan kenderaan dari terpusing semasa brek ditekan. Contohnya dapat dilihat jika brek tangan ditarik; kenderaan akan berpusing kerana brek belakang mencengkam kuat berbanding brek hadapan. Sistem EBD ini akan berfungsi secara dinamik dengan bergantung pada berat di dalam kenderaan. Jika berat kenderaan lebih, tekanan pada brek belakang juga akan lebih, bagi mengurangkan jarak berhenti selepas brek ditekan. Lihat grafik




3. EPS

Electronic Power Steering

Berfungsi dengan membantu pemandu memusingkan stereng"berkadaran dengan kelajuan kereta. Bermaksud, ketika ingin meletakkan kenderaan, stereng akan menjadi ringan, namun akan terasa berat ketika memandu laju bertujuan mengelakkan hilang kawalan terhadap kenderaan ketika memandu laju.


4. ESP

Electronic Stability Program - Program Kestabilan (Elektronik)

Sistem ini mempunyai keupayaan untuk mengesan keadaan kenderaan ketika ianya hampir hilang kawalan dan akan mengenakan brek secara automatik dan individu pada tayar bagi mengelakkan kenderaan terpusing. Dengan sistem ni, bukanlah bermaksud kenderaan tak akan berpusing-pusing, tapi dapat mengurangkan keadaan tersebut. Boleh jugak dipanggil "Traction Control" dimana kenderaan akan brek secara automatik jika tayar berpusing terlalu laju berbanding pegangan antara tayar dan jalan. Namun, tak semua kenderaan yang ada "Traction Control" ada ESP. Lihat grafik.


5.  TPMS

Tire Pressure Monitoring System - Sistem Pemerhatian Tekanan Tayar

Satu sistem elektronik yang berfungsi memerhatikan tekanan angin di dalam tayar. Sistem ini mempunyai banyak nama seperti tire-pressure indication system (TPIS) atau sistem penunjuk tekanan tayar. Sistem ini akan berfungsi pada setiap masa dan akan memberi maklumat kepada pemandu, sama ada melalui bacaan alat, gambaran, atau cuma menggunakan kaedah lampu amaran jika berlaku tekanan rendah.

 
Kaedah lampu amaran - Sumber
Kaedaan bacaan - Sumber



6. CVT

Continously Variable Transmission - Transmisi Berterusan

Teknologi ini telah digunakan dalam jentera baru Proton, Proton Inspira yang baru dilancarkan baru-baru ini. CVT ini sebenarnya diwujudkan bagi memperbaiki masalah "jerk" pada kereta Automatik yang selalunya berlaku ketika kenderaan memejut. Dengan menggunakan teknologi CVT ini, transmisi akan menjadi lebih licin dan lebih penjimatan petrol kerana engin dapat bergerak pada kadar yang lebih baik berbanding menggunakan transmisi automatik yang lama. Penggunaannya dapat dilihat pada motor automatik yang sedia ada kini.

Idea Asas CVT - Sumber
Cerita yang lebih jelas tentang CVT akan dijelaskan dalam entri yang berikutnya! Harap sabar menanti. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...