Monday 21 February 2011

Injection dan Karburetor



Kadang-kadang dalam brochure kereta, kita akan jumpa perkataan "multipoint injection, direct injection" dan macam-macam yang berkaitan dengan injection/suntikan bahan api berdekatan dengan informasi berkenaan kenderaan tersebut. Sebagai contoh, Yamaha FZ 150 menggunakan sistem injection. 



Apa itu injection/ suntikan bahan api? Apa pula kaitannya dengan karburetor? Kenapa tidak diletakkan kedua-dua sistem dalam kenderaan yang sama?


Baiklah. Sebenarnya kedua-dua alat ini berkongsi fungsi yang sama, iaitu menyampaikan sumber bahan api (petrol atau diesel) kepada enjin.


Bagi sistem karburetor, alat ini akan mencampurkan udara dan bahan api sebelum campuran ini sampai ke dalam enjin.


Bagaimana karburetor berfungsi?



Karburetor berfungsi mengikut teori Bernoulli, iaitu jika satu titik mengalami satu keadaan yang berhalaju tinggi, tekanan pada tempat yang tersebut akan menjadi rendah dan sebaliknya jika titik tersebut mengalami halaju rendah. 





satu saluran diletakkan pada tengah-tengah, iaitu pada tempat yang lebih sempit.Ini kerana, di tempat ini, halaju udara adalah tinggi.


Kerana halaju tinggi, tekanan pada tempat berkenaan akan menjadi rendah.


Bahan api akan keluar dari tangki kerana ditarik oleh keadaan yang bertekanan rendah tersebut.
Walaubagaimanapun, cara ini telah terbukti tidak efisien kerana hanya bergantung pada tekanan dan tidak dapat dikawal secara spesifik, dan kemudiannya digantikan dengan sistem injektor.


Sistem injektor pula berfungsi dengan menggunakan tiub yang akan menyembur bahan api seperti yang dikawal oleh "otak" kenderaan atau ECU (Electronic Control Unit) . Kaedah ini adalah lebih efisyen kerana jumlah bahanapi berbanding udara dapat dikawal dengan lebih tepat berbanding menggunakan sistem karburetor.


Di samping itu, sistem karburetor memerlukan kenderaan dipanaskan atau dihidupkan dalam beberapa ketika sebelum boleh bergerak bagi mengelakkan kenderaan mengalami "semput". Oleh itu, karburetor telah digantikan oleh sistem injektor.


Jadi itulah penerangan ringkas (ringkas?) mengenai karburetor dan injection atau suntikan.

5 comments:

yon said...

salam abg...saya tgh sangsi lg samada nk beli lc135 utk ke tmpt keja yg jarak 40km..abg ada suggestion x moto apa yg sesuai? tk

yon said...

salam abg...saya tgh sangsi lg samada nk beli lc135 utk ke tmpt keja yg jarak 40km..abg ada suggestion x moto apa yg sesuai? tk

asri said...

Beli naza blade...minyak jimat...cc tinggi...sekehen 650cc murah dari lc135 ..7-8k sudah buleh dpt.

asri said...

Beli naza blade...minyak jimat...cc tinggi...sekehen 650cc murah dari lc135 ..7-8k sudah buleh dpt.

Unknown said...

Beli sym pom cukup dh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...