Monday 10 January 2011

Tentang tayar yang anda wajib tahu!!

Tayar sangat penting dalam kehidupan di darat. Namun, masih ada yang tidak tahu tentang tayar, penjagaan tayar, dan yang lebih penting lagi adalah cara menukar tayar!

Dulu ada orang kata yang tayar mampu bertahan sehingga 5 Tahun. Tapi, demi keselamatan, sesungguhnya tukarlah tayar anda setelah ianya mencecah 3 tahun. Bukannya apa, selalunya tayar yang sangat lama ini sebenarnya bukan digunakan pun, tetapi kebanyakannya disimpan didalam kenderaan sebagai tayar ganti atau lebih selalu dipanggil tayar spare. Tayar spare ini selalunya akan menjadi keras setelah tidak digunakan selama 2 tahun ke atas, jadi pandai-pandailah tukar antara tayar-tayar lain supaya tayar tidak keras dan umurnya mencecah sehingga 5 tahun.


Bagaimana mahu tahu tentang umur tayar?

Tak susah. Tengok pada bahagian sisi tayar, cari tulisan yang mempunyai empat nombor, dua nombor pertama menerangkan tentang minggu tayar dibuat dalam setahun, dua nombor kedua adalah tahun, sebagai contoh, lihat gambar.



Sumber gambar
  Nombor pada tayar menunjukkan 0208, yang bermaksud, tayar ini dibuat pada minggu ke-2 tahun 2008.


Bagaimana mahu menjaga tayar?

  1. Sentiasa pastikan tekanan tayar sentiasa berada dalam keadaan optimum. Informasi berkenaan tekanan optimum tayar selalunya ada dilekatkan pada pintu kenderaan di bahagian dalam. Pentingnya tekanan tayar ini kerana:
    • Dapat menjimatkan petrol.
    • Dapat mengelakkan tayar haus dengan cepat.
    • Mengekalkan kestabilan kenderaan dan dapat menjamin keselamatan.
    • 
      Sumber gambar
      
  2. Periksa tayar anda dan pastikan tayar anda bebas dari objek-objek tajam. Objek-objek ini akan mengakibatkan tayar anda hilang tekanan secara tidak anda sedari.
  3. Tukar kedudukan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan bagi membolehkan tayar habis dengan sekata.
  4. Buat allignment pada kereta dan imbangan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan. Kenderaan yang tidak di-allignment akan memberi ketidakseimbangan beban pada tayar dan mengakibatkan tayar cepat haus hanya pada sebelah permukaan. Sama juga dengan imbangan tayar. Lihat grafik.

    Bagaimana cara untuk menukar tayar?
    Pastikan anda ada:
      1. Tayar ganti yang masih elok.
      2. Jack kereta.
      3. Pembuka tayar.
Kesemua alatan di atas adalah sangat penting. Jika hilang salah satu, maka lebih baik telefon trak tunda atau kawan-kawan berdekatan.

 1. Keluarkan tayar ganti dari belakang kenderaan. Selalunya tayar akan diletakkan di dalam bonet belakang, di bawah carpet sedia ada. Jack akan berada bersama atau di bawah tayar.


2. Letakkan jack di bawah tulang kereta anda. Pastikan lekuknya diisi dengan tulang kereta.

 

3. Longgarkan nat pada tayar kereta anda.

4. Pusingkan jack pada arah clockwise bagi menaikkan kereta anda.

5. Buka kesemua nat dan cabut tayar anda.



6. Masukkan tayar ganti dan ikat mengikut turutan. 1,4,3,2 atau dengan bahasa mudah dalam bentuk X. Ini bagi mengelakkan tayar dipasang secara senget dan mengakibatkan kerosakan kekal pada tayar dan rim.



Sekarang andalah pakar tayar!!
*kecuali tentang saiz,lebar,tinggi had beban dan had laju tayar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...