Saturday 27 October 2012

Antara yang perlu dipertimbangkan jika mahu membeli kenderaan.

Selalunya kita selalu terlepas pandang dalam pemilihan kenderaan tak kisahlah motosikal ataupun kereta. Dan akhirnya mengundang kepada pembayaran hutang yang tak berbaloi.

1. Kegunaan.
- membeli untuk balik kampung atau sekadar untuk ke pejabat? 

- Antara yang perlu dipertimbangkan adalah bilangan isi rumah. Jika belum berkahwin, tiada masalah jika membeli kenderaan yang tidak mempunyai ruang isi barang (bonet) yang kecil. Contoh, perodua myvi. Namun jika bekeluarga, anda dinasihatkan agar membeli kenderaan yang mempunyai ruangan isi barang (bonet) yang luas. Bayangkan ketika ingin berkelah, setiap penumpang bawa satu beg galas. Di mana mahu diletakkan beg tersebut?

- jika perlu melalui bandar setiap hari, dinasihatkan agar beli kenderaan kompak yang mempunyai enjin bersaiz kecil. Kenderaan ini terbukti lebih menjimatkan minyak dan mudah/ murah diselenggara kerana tidak mempunyai aksesori elektronik yang terlalu komplikated.

2. Jarak perjalanan 
- jika tempat dituju terlalu dekat (kurang dari 5 kilometer), adakah perlu untuk membeli Mercedes C-Class?

3. Kemampuan
- ada sesetengah pendapat mengatakan, biar papa asal bergaya. Tapi jangan risau, bila papa memang tak bergaya. Jadi belilah kenderaan mengikut kemampuan sendiri. Walaupun hanya sekadar motosikal. Ini adalah lebih baik dari membeli kenderaan mewah, namun tuannya tidak mampu untuk membeli makanan.

4. Kebolehharapan
- Sebelum membeli, pastikan kenderaan yang dimahukan tahan lasak dan bukan jenama yang di khuatiri kualitinya. Ada sesetengah jenama memang mahal, tetapi berbaloi berbanding jenama yang murah, tetapi perlu dibaiki saban hari. 

Tapi akhirnya semua berbalik pada tuan badan. Tepuk dada, tanya selera. Yang ditulis di atas hanya sekadar pendapat dan nasihat yang datang dari pengalaman.



Wednesday 20 April 2011

Go-Kart Mania!

Untuk lebih memudahkan pemahaman saya dan pelajar lain tentang teknologi dan segalanya tentang kenderaan, telah diputuskan bahawa sebuah Go-Kart kecil menggunakan teknologi di dalam kenderaan seperti rack and pinion, sistem brake silang, dan pacuan roda belakang dibina.

Go-Kart akan dibina dan bertujuan untuk memasuki pertandingan yang di anjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, "Formula Varsity".

Semoga usaha ini akan diberkati dan siap sepenuhnya menjelang Kejohanan Formula Varsity kelak.
Amin..

Wednesday 16 March 2011

Kereta PROTON banyak masalah?


Siapa kata kereta buatan tempatan banyak masalah sila angkat tangan!
Siapa kata kereta buatan luar negara lebih baik sila angkat tangan!


Menurut Autoblog, seorang rakyat China telah cuba untuk menghancurkan kereta Lamborghini nya menggunakan penukul (hammer) setelah tidak puas hati kenderaan itu tidak dapat dihidupkan. Yang membuatkan tuan Lamborghini ini marah sebenarnya sebab Lamborghini tu dah ada masalah lepas beberapa bulan je dibeli.


Repair? Dah puas si pembeli kesana kemari bagitau kedai untuk dibetulkan. Tapi haram. Lepas tu baru la si pembeli ni dapat tau yang sebenarnya kereta ni dah pun rosak masa penghantaran. Yang best nya, tak ada sesiapa nak bertangggunjawab. So siapa nak ganti kereta rosak ni?


Jadi si pembeli pun terus contact Stephan Winkelmann, CEO Lamborghini, tapi tak dilayan. Bengang tak bengang hancurkan je tanda protes.


Tau insiden atas ni membuktikan apa? Membuktikan kenderaan syarikat yang besar, gah, hebat pun kadangkala ada masalah nak hidup. Dan tak ada seorang pun nak bertanggunjawab atau nak tolong claim untuk beliau.


Selama ni kalau kita beli kereta buatan tempatan kalau rosak ganti je. Kalau dalam warranty dia bagi free. Kalau bukan dalam warranty, kira murahla lagi dari nak ganti barang Lamborghini kan.


Walaupun tindakan pemilik Lamborghini ni aku rasa membazir dan agak budus, tapi banyak yang kita boleh belajar dari sini.

Wednesday 9 March 2011

Perkara yang perlu disemak sebelum memulakan perjalanan jauh

Perhatian:

Sebelum memulakan perjalanan jauh, anda patut melihat senarai semak dibawah demi menjaga keselamatan anda dan orang tersayang.

  • Tayar
Tayar sangat penting untuk kenderaan anda. Tayar berfungsi melekap pada permukaan jalan dan memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam kawalan. Jadi, sebelum  memulakan perjalanan, pastikan tayar anda masih berbunga dan dalam keadaan baik. Dan jangan lupa lihat keadaan dan isi angin

 
tayar ganti anda

Tayar ganti anda perlu selalu diperiksa dan diselenggara. Pastikan bunga tayar dan tekanan berada pada tahap terbaik.




  • Air radiator
Demi mengelakkan kenderaan anda overheat dan mengakibatkan anda tersangkut di tepi jalan, anda perlu memastikan  air radiator anda berisi sebelum memulakan perjalanan. Pastikan takat air berada di tengah-tengah takat yang ditetapkan. Jika enjin panas secara tiba-tiba, KLIK SINI.



  • Minyak enjin
Jika kenderaan anda tidak diservis selama 3 bulan atau sudah sampai takat yang ditetapkan, disarankan anda menukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan.  Minyak enjin penting untuk kenderaan anda. Maklumat selanjutnya, KLIK SINI.



  • Minyak
Pastikan minyak anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.



  • Diri anda
Rehat dengan secukupya dan pastikan anda bersedia untuk memulakan perjalanan.

Tuesday 1 March 2011

Bagaimana mahu memeriksa takat minyak hitam dan bila perlu menukarnya.

Sepertimana yang diceritakan sebelum ini, adalah penting untuk kita menjaga minyak enjin atau minyak hitam kenderaan. Tapi setakat mana minyak hitam ini mampu untuk melindungi enjin? 

Bagi penjagaan enjin yang optimum, minyak enjin perlu diganti pada setiap 5,000 dan mungkin sehingga 8,000 kilometer bergantung pada jenis minyak enjin dan cara penggunaan kenderaan. 

Penggunaan kenderaan yang lasak dan berat akan menyebabkan minyak kenderaan perlu ditukar lebih awal. Namun, jika kenderaan tidak digunakan dengan kerap, minyak enjin tetap perlu ditukar pada setiap 3 bulan bagi mengelakkan kerosakan pada enjin.



Bagaimana mahu memeriksa paras minyak enjin?

  • Pastikan kenderaan anda tidak digunakan selama 24 jam.
  • Buka hud depan kenderaan anda.
  • Cari ukur celup kenderaan anda


  • tarik pengukur celup dan lihat takat minyak.


  • perhatiakan takat minimum dan maksimum, jika paras minyak enjin berada di bawah takat minimum, tambah minyak hitam.
  • dan jika minyak kelihatan agak hitam dan pekat, sila tukar minyak hitam anda.

Monday 28 February 2011

Apa perlu dilakukan pabila suhu enjin terlalu panas (overheat).

Ketika memandu, adalah amat penting untuk sentiasa melihat papan meter kenderaan anda setiap beberapa ketika. Ini kerana meter kenderaan memberi informasi seperti suhu enjin, kelajuan kenderaan, isipadu minyak dan kelajuan kitaran enjin.



Jadi, apa yang perlu dilakukan bila 


meter anda menunjukkan ini? Baiklah, selalunya, diulangi selalunya (bukan setiap masa). Keadaan ini disebabkan oleh faktor kenderaan anda tidak mempunyai cecair atau air yang mencukupi untuk menyejukkan enjin kenderaan anda. Ini mungkin akibat daripada sistem penyejukan anda mengalami kebocoran atau faktor manusia (lupa isi air)

  • Jangan panik walaupun asap putih sudah kelihatan dari hadapan kenderaan anda.
  • Cari lokasi berhenti sehampir mungkin.
  • Berhenti dengan selamat.
  • Matikan kenderaan anda dan biarkan selama 15 minit.
  • Cari sumber air terdekat. Sediakan juga tuala. (pastikan anda tidak kisah jika tuala ini kotor)
  • Basahkan tuala kotor tersebut dan pegang tutup sistem penyejukan/ penutup radiator anda menggunakan tuala tersebut


  • Putarkan penutup radiator.

PERHATIAN
Air panas mungkin keluar dari tutup radiator, jadi pastikan tuala di tangan anda sudah sedia basah.

  • Jika tiada apa-apa berlaku, isi air dari ke dalam lubang radiator.
  • Lihat di bawah kenderaan anda. Jika tiada air yang mencurah-curah, maka, kenderaan anda cuma kekurangan air.
  • Namun jika berlaku tumpahan cecair di bawah kenderaan, sediakan sumber air sebanyak mungkin dan terus menuju ke bengkel berhampiran.
  • Jika enjin panas semula, lakukan perkara di atas dan sila sabar.

Monday 21 February 2011

Injection dan Karburetor



Kadang-kadang dalam brochure kereta, kita akan jumpa perkataan "multipoint injection, direct injection" dan macam-macam yang berkaitan dengan injection/suntikan bahan api berdekatan dengan informasi berkenaan kenderaan tersebut. Sebagai contoh, Yamaha FZ 150 menggunakan sistem injection. 



Apa itu injection/ suntikan bahan api? Apa pula kaitannya dengan karburetor? Kenapa tidak diletakkan kedua-dua sistem dalam kenderaan yang sama?


Baiklah. Sebenarnya kedua-dua alat ini berkongsi fungsi yang sama, iaitu menyampaikan sumber bahan api (petrol atau diesel) kepada enjin.


Bagi sistem karburetor, alat ini akan mencampurkan udara dan bahan api sebelum campuran ini sampai ke dalam enjin.


Bagaimana karburetor berfungsi?



Karburetor berfungsi mengikut teori Bernoulli, iaitu jika satu titik mengalami satu keadaan yang berhalaju tinggi, tekanan pada tempat yang tersebut akan menjadi rendah dan sebaliknya jika titik tersebut mengalami halaju rendah. 





satu saluran diletakkan pada tengah-tengah, iaitu pada tempat yang lebih sempit.Ini kerana, di tempat ini, halaju udara adalah tinggi.


Kerana halaju tinggi, tekanan pada tempat berkenaan akan menjadi rendah.


Bahan api akan keluar dari tangki kerana ditarik oleh keadaan yang bertekanan rendah tersebut.
Walaubagaimanapun, cara ini telah terbukti tidak efisien kerana hanya bergantung pada tekanan dan tidak dapat dikawal secara spesifik, dan kemudiannya digantikan dengan sistem injektor.


Sistem injektor pula berfungsi dengan menggunakan tiub yang akan menyembur bahan api seperti yang dikawal oleh "otak" kenderaan atau ECU (Electronic Control Unit) . Kaedah ini adalah lebih efisyen kerana jumlah bahanapi berbanding udara dapat dikawal dengan lebih tepat berbanding menggunakan sistem karburetor.


Di samping itu, sistem karburetor memerlukan kenderaan dipanaskan atau dihidupkan dalam beberapa ketika sebelum boleh bergerak bagi mengelakkan kenderaan mengalami "semput". Oleh itu, karburetor telah digantikan oleh sistem injektor.


Jadi itulah penerangan ringkas (ringkas?) mengenai karburetor dan injection atau suntikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...