Monday, 28 February 2011

Apa perlu dilakukan pabila suhu enjin terlalu panas (overheat).

Ketika memandu, adalah amat penting untuk sentiasa melihat papan meter kenderaan anda setiap beberapa ketika. Ini kerana meter kenderaan memberi informasi seperti suhu enjin, kelajuan kenderaan, isipadu minyak dan kelajuan kitaran enjin.



Jadi, apa yang perlu dilakukan bila 


meter anda menunjukkan ini? Baiklah, selalunya, diulangi selalunya (bukan setiap masa). Keadaan ini disebabkan oleh faktor kenderaan anda tidak mempunyai cecair atau air yang mencukupi untuk menyejukkan enjin kenderaan anda. Ini mungkin akibat daripada sistem penyejukan anda mengalami kebocoran atau faktor manusia (lupa isi air)

  • Jangan panik walaupun asap putih sudah kelihatan dari hadapan kenderaan anda.
  • Cari lokasi berhenti sehampir mungkin.
  • Berhenti dengan selamat.
  • Matikan kenderaan anda dan biarkan selama 15 minit.
  • Cari sumber air terdekat. Sediakan juga tuala. (pastikan anda tidak kisah jika tuala ini kotor)
  • Basahkan tuala kotor tersebut dan pegang tutup sistem penyejukan/ penutup radiator anda menggunakan tuala tersebut


  • Putarkan penutup radiator.

PERHATIAN
Air panas mungkin keluar dari tutup radiator, jadi pastikan tuala di tangan anda sudah sedia basah.

  • Jika tiada apa-apa berlaku, isi air dari ke dalam lubang radiator.
  • Lihat di bawah kenderaan anda. Jika tiada air yang mencurah-curah, maka, kenderaan anda cuma kekurangan air.
  • Namun jika berlaku tumpahan cecair di bawah kenderaan, sediakan sumber air sebanyak mungkin dan terus menuju ke bengkel berhampiran.
  • Jika enjin panas semula, lakukan perkara di atas dan sila sabar.

Monday, 21 February 2011

Injection dan Karburetor



Kadang-kadang dalam brochure kereta, kita akan jumpa perkataan "multipoint injection, direct injection" dan macam-macam yang berkaitan dengan injection/suntikan bahan api berdekatan dengan informasi berkenaan kenderaan tersebut. Sebagai contoh, Yamaha FZ 150 menggunakan sistem injection. 



Apa itu injection/ suntikan bahan api? Apa pula kaitannya dengan karburetor? Kenapa tidak diletakkan kedua-dua sistem dalam kenderaan yang sama?


Baiklah. Sebenarnya kedua-dua alat ini berkongsi fungsi yang sama, iaitu menyampaikan sumber bahan api (petrol atau diesel) kepada enjin.


Bagi sistem karburetor, alat ini akan mencampurkan udara dan bahan api sebelum campuran ini sampai ke dalam enjin.


Bagaimana karburetor berfungsi?



Karburetor berfungsi mengikut teori Bernoulli, iaitu jika satu titik mengalami satu keadaan yang berhalaju tinggi, tekanan pada tempat yang tersebut akan menjadi rendah dan sebaliknya jika titik tersebut mengalami halaju rendah. 





satu saluran diletakkan pada tengah-tengah, iaitu pada tempat yang lebih sempit.Ini kerana, di tempat ini, halaju udara adalah tinggi.


Kerana halaju tinggi, tekanan pada tempat berkenaan akan menjadi rendah.


Bahan api akan keluar dari tangki kerana ditarik oleh keadaan yang bertekanan rendah tersebut.
Walaubagaimanapun, cara ini telah terbukti tidak efisien kerana hanya bergantung pada tekanan dan tidak dapat dikawal secara spesifik, dan kemudiannya digantikan dengan sistem injektor.


Sistem injektor pula berfungsi dengan menggunakan tiub yang akan menyembur bahan api seperti yang dikawal oleh "otak" kenderaan atau ECU (Electronic Control Unit) . Kaedah ini adalah lebih efisyen kerana jumlah bahanapi berbanding udara dapat dikawal dengan lebih tepat berbanding menggunakan sistem karburetor.


Di samping itu, sistem karburetor memerlukan kenderaan dipanaskan atau dihidupkan dalam beberapa ketika sebelum boleh bergerak bagi mengelakkan kenderaan mengalami "semput". Oleh itu, karburetor telah digantikan oleh sistem injektor.


Jadi itulah penerangan ringkas (ringkas?) mengenai karburetor dan injection atau suntikan.

Sunday, 13 February 2011

Perkara mudah yang perlu dilihat jika enjin kenderaan tidak mahu hidup (sebelum memalukan diri sendiri)

Sebelum anda memanggil bantuan dari mekanik, cuba perhatikan perkara perkara yang disebutkan di bawah.


1. Uji bateri kenderaan anda


Cuba hidupkan radio dan lampu kereta anda. Ini adalah untuk menguji tahap bateri kenderaan anda. Jika jam digital pada papan pemuka ada menjadi malap setelah radio dan lampu dihidupkan, bermakna bateri kenderaan anda sudah tidak cukup untuk menghidupkan kenderaan. Namun jika tidak dapat on kan, maka kemungkinan besar bateri kenderaan anda sudah mati.



2. Lihat posisi gear anda


Ini adalah untuk kenderaan automatik.
Kenderaan masa kini mempunyai sistem keselamatan yang mengelakkan kenderaan dihidupkan dalam posisi gear selain N (Neutral) dan P (Parking). Ini kerana, jika kenderaan dapat dihidupkan dalam posisi gear yang lain, seperti D, 2, 3, atau R, kenderaan boleh melambung dan mendatangkan kebahayaan.



3. Lihat tolok minyak


Pastikan minyak petrol atau diesel masih ada di dalam tangki.


Jika kesemua telah disemak namun kenderaan masih tidak dapat dihidupkan, maka telefon pihak yang lebih pakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...